Salam dan bersua lagi diarena ini hehe, kali ini ingin dikongsikan satu garapan daripada Borneo Oracle mengenai konfrontasi indonesia-malaysia yang mana perbincangan kali ini banyak menjerumus kearah borneo , sama-sama kita enjoy the reading hehe
Di dalam kita mengenang kedudukan Gagasan Malaysia suatu waktu dahulu,
adalah tidak wajar jika kita tidak mengenali satu perang yang dikatakan sebagai
SATU PERANG YANG TIDAK PERLU iaitu satu sejarah perang yang melibatkan Gagasan
Malaysia dengan negara jiran tetangganya. Semuanya adalah kerana terdapatnya
anasir yang tidak menyetujui pembentukan Gagasan Malaysia itu sendiri. Untuk
kali ini Borneo Oracle akan memberi ruang informasi tentang satu sejarah perang
yang berlaku suatu waktu dahulu yang dikenali sebagai Konfrontasi Indonesia
Malaysia 1962 – 1966.
Konfrontasi
Indonesia-Malaysia merupakan satu penentangan Indonesia terhadap pembentukan
Malaysia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966. Penentangan ini telah
dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya untuk menubuhkan
Indonesia Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat
daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Pada 1961,
Kalimantan dibahagikan kepada empat pentadbiran. Kalimantan, sebuah negeri
milik Indonesia yang terletak di selatan Kalimantan. Di utara merupakan
Kerajaan Brunei dan dua negeri dibawah pentadbiran British; Sarawak dan Borneo
Utara British, yang kemudiannya diberi nama sebagai Sabah. Sebagai bahagian
dari pengunduran dari pentadbirannya di Asia Tenggara, British cuba
menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan dengan Semenanjung Tanah Melayu
untuk membentuk Malaysia. Rancangan ini dibantah keras oleh Presiden Indonesia,
Presiden Soekarno. Beliau berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah negara
boneka rekaan British, dan penubuhan Gagasan Malaysia hanya akan memberikan
pihak British menguatkan lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo ini,
sehingga memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia. Filipina juga
membuat dakwaan atas Sabah, dengan alasan negeri itu mempunyai hubungan sejarah
dengan Filipina melalui Kesultanan Sulu.
Di
Brunei, Pemberontak Kalimantan Utara (TNKU) memberontak pada 8 Disember 1962.
Mereka melakukan cubaan menculik Sultan Brunei, dan merampas ladang minyak dan
menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Sultan Brunei berjaya melepaskan diri
dan baginda meminta pertolongan dari British. Baginda mendapat bantuan
ketenteraan British, Persekutuan Malaysia dan Gurkha dari Singapura. Pada 16
Disember, Komander Timur Jauh Inggeris (British Far Eastern Command) menyeru
bahawa seluruh pemberontakan utama telah berjaya dipatahkan, dan pada 17 April
1963, pemimpin pemberontak ditangkap dan pemberontakan tersebut berakhir.
Filipina
dan Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Gagasan
Malaysia apabila majoriti di daerah yang menghadapai konflik membuat pilihan
dalam dalam satu pungutan suara yang dikelolakan oleh PBB. Soekarno pada
mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Gagasan Malaysia yang mana
Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha
Persekutuan Tanah Melayu yang mengilhamkan Gagasan Malaysia. Namun sikap
kerajaan Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan Negara
Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Sukarno ternyata mempunyai
ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus
menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila. Selain daripada kritikan
yang keras, beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan
sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Dalam
usaha Sukarno yang menentang penubuhan negara Malaysia, beliau juga telah
memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang
bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan
Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’ pada awal 1963.
Konfrontasi Sukarno telah berubah dari sekadar perang kata-kata menjadi
konfrontasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang
dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Gagasan
Malaysia. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunku mengumumkan
terbentuknya Malaysia sebelum Suruhanjaya PBB itu mengumumkan hasil
siasatannya.
Meskipun
Filipina tidak turut serta dalam kempen tersebut, namun mereka memutuskan
hubungan diplomatik dengan Malaysia. Gagasam Malaysia ditubuhkan secara rasmi
pada 16 September 1963. Brunei menolak gabungan dengan Malaysia dan Singapura
keluar pada tahun 1965. Ketegangan berlaku di kedua belah pihak di Selat
Melaka. Dua hari kemudian para perusuh membakar kedutaan Britain di Jakarta.
Beratus-ratus perusuh menyerbu kedutaan Singapura di Jakarta dan juga kediaman
rasmi diplomat Singapura. Di Malaysia, ejen Indonesia ditangkap dan wartawan
media massa menyerang kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
Pada
12 April 1963, sukarelawan perang dan para gerila Indonesia mula bertindak
menyelinap masuk ke dalam sempadan Malaysia. Ketika ini, penyelinapan dan
pencerobohan masuk mula dengan menyerang Balai Polis Tebedu di Sarawak, yang
terletak kira-kira 5 kilometer daripada sempadan Indonesia. Tugas peyelusupan
diletakkan di bawah bahu Mejar Benny Moerdani. Namun begitu serangan berjaya
dipatahkan oleh Sarawak Iban Rangers, Askar Melayu dan Askar Gurkha. Pada 29
Disember 1963, gerila perang Indonesia telah melancarkan serangan mengejut ke
Pos tentera di Kalabakan, Tawau, Sabah. Serangan mengejut ini dilakukan ketika
anggota tentera Gagasan Malaysia sedang bersiap sedia untuk solat Isyak.
Walaupun diserang hendap namun berpantang berundur, serangan tersebut ditentang
habis-habisan dan menyebabkan sukarelawan perang Indonesia berundur ke sempadan
mereka.
Pada
1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia. Pada
bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Aktiviti
tentera Indonesia di sempadan meningkat. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia
mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia termasuk Rejimen Askar Melayu Diraja dan
Rejimen Askar Wataniah dan juga Sarawak Iban Rangers bersiap sedia untuk
menangani ancaman ganas Indonesia, Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk
mempertahankan perairan Malaysia. Keanggotaan pasukan tentera Malaysia hanya
sedikit yang dikerah dan diletakkan dibahagian pos kawalan sempadan dan kawalan
unit komando. Misi utama mereka adalah untuk mencegah pencerobohan gerila
Indonesia ke Malaysia. Selain pasukan tentera, kerajaan Persekutuan Gagasan
Malaysia turut menghantar sepasukan polis dari pelbagai cawangan untuk membantu
pasukan tentera mempertahankan tanahair. Cawangan Tugas Am, Sukarelawan Polis
dan Polis Bantuan ditugaskan untuk mengawal dan membuat rondaan
dikampung-kampung dan dikawasan bandar. Sekatan jalanraya dengan pihak tentera
dijalankan dengan ketat dan pemeriksaan ke atas orang awam turut dijalankan
bagi memastikan tiadanya ejen Indonesia yang menyusup masuk ke dalam bandar dan
kampung-kampung dengan menyamar sebagai orang awam. Cawangan Khas ditugaskan
untuk membantu Kor Risik Diraja melakukan tugas risikan terhadap kegiatan dan
aktiviti subversif yang dilakukan oleh tentera Indonesia, manakala Pasukan
Polis Marin membantu Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan tugas rondaan
diperairan negara serta Pasukan Polis Hutan diaturgerakkan bersama tentera
darat memburu gerila Indonesia yang menyusup masuk ke dalam hutan.
Di
sempadan Kalimantan, telah berlakunya pertempuran dikawasan sempadan; gerila
Indonesia dan pasukan separa tenteranya cuba menceroboh Sarawak dan Sabah,
tetapi gagal. Sebahagian besar pihak yang terlibat konflik bersenjata dengan
Indonesia adalah askar Britain dan Australia, terutama sekali pasukan khas
mereka iaitu Special Air Service(SAS). Dianggarkan, seramai 2000 komando
Indonesia (Kopassus) dan 200 anggota SAS British, Australia dan New Zealand
terbunuh setelah bertempur di hutan Kalimantan dengan Truper James Condon dari
anggota 22 SAS British menjadi korban pertama dalam pertempuran tersebut. Pada
17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba
membentuk pasukan gerila. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun mendarat
di Labis, Johor. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia di
Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan Rejimen Askar
Melayu Diraja dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh
Pasukan Polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor.
Konfrontasi
Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih
sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember 1964. Sebagai protes kepada
penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB, Indonesia telah menarik diri daripada
keanggotaan PBB pada Januari 1965. Sebagai memprotes pertandingan Olimpik,
sukan antarabangsa yang biasanya disertai oleh seluruh negara di dunia,
Soekarno turut mengadakan pula satu sukan yang dipanggil GANEFO (Games of the
New Emerging Forces) yang diadakan buat julung kalinya di Senayan, Jakarta pada
10-22 November 1963. Pesta olahraga ini disertai oleh 2,250 atlet dari 48
negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan, serta didatangi oleh 500
orang wartawan asing.
Pada
Januari 1965, Australia bersetuju untuk menghantar pasukan tenteranya ke
Kalimantan setelah mendapat permintaan dari kerajaan Gagasan Malaysia. Tentera
Australia menghantar 3 Rejimen Diraja Australia dan Rejimen Australian Special
Air Service. Dianggarkan seramai empat belas ribu pasukan tentera British dan
Komanwel di Australia pada ketika itu. Secara rasminya, tentera British dan
Australia tidak dapat melakukan serangan melalui sempadan Indonesia. Tetapi,
unit seperti Special Air Service, baik British mahupun Australia, menyusup masuk
secara rahsia seperti Operasi Claret. Australia melakukan penyusupan ini pada
1966. Pada pertengahan 1965, Indonesia mula menggunakan pasukan rasminya
setelah kesemua pasukan komando dan sukarelawan yang melakukan penyusupan di
Malaysia gagal. Pada 28 Jun, mereka menyeberangi sempadan ke timur Pulau
Sebatik berhampiran Tawau, Sabah dan cuba melakukan serangan dan sabotaj ke
atas kem tentera Gagasan Malaysia di Tawau, namun cubaan itu gagal kerana kem
itu berhampiran dengan balai polis dan disedari oleh anggota-anggota polis di
situ dan berjaya mematahkan cubaan itu.
Pada
28 Mei 1966, sebuah rundingan dilakukan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan
Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai
wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan
Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua
hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, termasuk
Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik
Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi
terhadap Malaysia pada tahun 1967.
Sepanjang
konfrantasi ini (1962-1966) seramai 114 askar pasukan komanwel, 36 orang awam
Sarawak dan lebih daripada 590 orang askar Indonesia yang menemui ajal.
Konfrontasi ini merupakan salah satu penyebab pendekatan Presiden Soekarno
dengan Parti Komunis Indonesia, menjelaskan mengapa aktiviti ketenteraan
Indonesia bergabung di dalam gerakan G30S/Gestok (Gerakan Satu Oktober), dan
juga pada akhirnya menyebabkan PKI melakukan penculikan pemerintah tertinggi
Tentera Darat.
Inilah
sekelumit sejarah awal penentangan terhadap sebuah Negara yang bergelar Gagasan
Malaysia yang dibentuk oleh oleh 4 buah negara yang merdeka iaitu Negara
Persekutuan Tanah Melayu (31 Ogos 1957), Negara Sarawak (22 Julai 1963) dan
Negara North Borneo (Sabah – 31 Ogos 1963) dan Singapura yang keluar pada tahun
1965. Keempat-empat negara ini mendapat kemerdekaan daripada Kerajaan Koloni
British secara langsung. Konfrantasi inilah yang menyebabkan Negara Gagasan
Malaysia yang seharusnya dideklarasikan pada tanggal 31 Ogos 1963 terpaksa ditunda
tarikh penubuhannya kepada 16hb September 1963. Kesemuanya bagi membolehkan
segala hal-ehwal luar negara Gagasan Malaysia dapat diselesaikan dengan sebaik
mungkin. Sejarah seperti ini harus diketahui oleh setiap rakyat Malaysia
lebih-lebih lagi Bangsa Sarawak di dalam mengenal letak duduknya Sarawak Bumi
Kenyalang di dalam konstitusi Negara Malaysia.
~Borneo
Oracle Sarawak Bumi Kenyalang~
Itu lh indon bodoh
ReplyDeleteBagaimanakah Malaysia menangani dasr konfrontasi tersebut
ReplyDeletetiga peristiwa penentangan semasa dasar konfrontasi oleh indonesia ?
ReplyDelete